Peristiwa Subuh... Sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala
hening pagi, laungan mengajak manusia
untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Namun, kemerduan suara itu
seolah-olah mendodoikan aku yang sedang lena diulit mimpi. Aku sedar, aku
dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Tapi, Dwi
gabungan pakatan kejahatan, syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan
telingaku, disumbatnya rongga telinga itu dengan bisikan-bisikan jijik,
"Alangkah enaknya kalau kau teruskan tidurmu itu wahai manusia.. Tidurlah..
Kau penat bekerja disiang hari, berhempas pulas berusaha untuk mencari sesuap
nasi.. Apa salahnya kau berehat sedikit?"
Biasa
dengar alasan ini? Bukankah ini alasan kalian juga wahai saudaraku? Usah
tipulah. Aku manusia. Kau juga manusia. Punyai kawan bernama syaitan.. Punyai
hati bersalut nafsu. Tewas muslim itu pagi ini. Syaitan bukan setakat bertepuk
tangan, bersorak, menari, berguling, ketawa meraikan kecemerlangan mereka.
Usaha mereka membuahkan hasil. Muslim tadi kembali menarik kulit babi yang tadinya
terselak sedikit. "Biarlah.. Aku penatlah hari ini.."
Disatu
tempat yang lain, sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi,
laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali.
Kemerduan itu bagaikan hembusan yang amat kuat menerpa telingaku. Aku sedar,
aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Lalu, aku
bingkas bangkit. Digosok-gosok mata ini. Terkebil-kebil ke kiri. Terkebil-kebil
ke kanan. Alhamdulillah. Syukur. Allah tiupkan roh ku kembali pada tubuhku. Lenguh rasanya badan ini. Sengal di sini.
Sengal di sana. Penatnya seharian berkerja semalam masih tak hilang lagi.
Pakatan tanpa senjata itu muncul lagi, Syaitan memulakan rutinnya seperti
biasa. "Dah tahu penat tu tidur jelah. Rehatkan dirimu dulu wahai manusia.
Badanmu lenguh, penatmu masih belum hilang lagi. Tidurlah dulu. Kemudian
bangunlah semula." Arggghh! Nafsu tidurku membuas lagi. Mengantuknyaa.
Biarlah. Aku impikan ganjaran 27 kali ganda itu. Aku impikan melalui titian sirat sepantas kilat. Telapak
kaki ini mencecah ke lantai simen yang sejuk. Burrr. Dinginnya. Ahh. Pedulikan! Menujulah aku kerumah Allah yang satu.
Yang mana satu dikau wahai manusia? Pilihlah. Kita serupa. Punyai nafsu.
Punyai kawan bernama syaitan. Tapi iman yang membezakan kita. Tinggi ke
rendah?? Laratkah kita menjadi singa Allah yang
mengaum sedangkan menghalang menguap pun tak mampu?? Sahabat2 seperjuangan, berapa byk nikmat Allah
yg kita kecapi hari ini?? Demi Allah! Semuanya tidak terhitung! Apalah salahnya
dkorbankan saat kelazatan tidur di kala subuh utk berjemaah?Ingat! Selangkah kita rapat padaNYA, seribu
langkah Allah rapat pada kita. Allahu rabbi.